« Home | Tun tetap setia pada UMNO – Hishammuddin » | Keterlaluan jika minta henti kritik » | Budaya hormati jawatan Presiden UMNO perlu diteruskan » | Tindakan Mahathir boleh kucar-kacirkan perpaduan UMNO » | UMNO perlu mempunyai hanya seorang pemimpin » | Dr. M tidak ada kapasiti jatuhkan PM » | Abdullah pilihan ahli UMNO » | Kritikan tidak akan jejaskan kepimpinan Abdullah » | ‘BIAR PIHAK LAIN KOMEN DULU’ » | Dr. Mahathir tidak akan rampas kuasa »

PAS gesa penjualan Avenue kepada ECM-Libra dibatalkan

Mon Aug 14, 06 01:29:57 PM
Oleh Mohd Rashidi Hassan

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Hrkh) - PAS menggesa kerajaan membatalkan penjualan Avenue Capital Resources Berhad kepada ECM-Libra kerana berlaku perubahan besar dalam struktur pegangan saham syarikat tersebut.
PAS beranggapan perubahan struktur pegangan saham tersebut tidak menepati syarat yang biasanya dipraktikkan dalam amalan penjualan saham syarikat milik kerajaan kerana ia telah menukar syarat jual beli antara kedua-dua pihak yang masih belum diselesaikan.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar berkata apabila Pengarah ECM Libra, Khairy Jamaluddin dan Dato' Kalimullah Masherul Hassan menjual saham mereka, maka ianya secara langsung berlaku perubahan besar dalam struktur pegangan saham ECM-Libra.

Khairy yang juga menantu Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan melepaskan pegangan 10.2 juta unit saham daripada ECM-Libra yang diperolehinya pada kata RM0.65 sen seunit.

Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda Umno mendakwa, beliau kerugian sebanyak RM200 ribu akibat penjualan saham yang perolehinya pada harga RM0.71 sen melalui pinjaman tahun lepas.

Kamarudin bagaimanapun mempersoalkan dakwaan Khairy kerana sepatutnya beliau kerugian lebih RM1.1 juta.

"Jika pegangan saham sebanyak 10.2 juta didarab dengan RM0.06 sen maka Khairy akan kerugian sebanyak RM612 ribu.

"Jika benar dakwaan beliau memperolehi saham secara pinjaman, maka, jika diandaikan kadar faedah pinjaman tersebut sebagai 9 % mengikut kadar semasa, maka beliau terpaksa membayar faedah pinjaman sebanyak RM488 ribu," ujar Ahli Parlimen Tumpat itu.

Isu pemilikan syarikat milik kerajaan Avenue Capital Resources Berhad kepada ECM-Libra milik menantu Perdana Menteri mendapat bantahan PAS beberapa bulan lepas.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa yang membangkitkan isu tersebut, kini berhadapan dengan saman Khairy.

Manakala bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan 'penganugerahan' Avenue kepada Khairy dan mendakwa tindakan mertua memberikan syarikat kerajaan kepada menantunya sebagai satu kesalahan.

"Pada kami amalan sebegini harus dihentikan kerana ianya membawa kepada amalan kronisme dan rasuah yang bertentangan dengan dasar yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri sendiri," tegas Kamarudin.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Setiausaha Agung PAS tersebut;

KENYATAAN AKHBAR

PAS menggesa supaya kerajaan membatalkan penjualan syarikat milik kerajaan Avenue Capital Resources Berhad kepada ECM-Libra kerana telah berlaku perubahan besar dalam struktur pegangan saham syarikat tersebut.

Ini berikutan tindakan Encik Khairy Jamaluddin dan seorang lagi Ahli Lembaga Pengarah ECM-Libra, Dato? Kalimullah Masherul Hassan menjual sebahagian daripada saham milik mereka. Ini bererti telah berlaku perubahan besar dalam struktur pegangan saham ECM-Libra.

Oleh kerana urusan pengambilihan ECM-Libra terhadap Avenue Capital Resources Berhad masih belum selesai, maka perubahan pegangan saham yang drastik ini boleh dianggap sebagai telah menukar syarat-syarat jual beli antara kedua-dua pihak.

Ini bererti Suruhanjaya Sekuriti sebagai pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan pengambilalihan syarikat milik kerajaan mengikuti syarat yang ditetapkan, mesti membatalkan perjanjian jual beli saham.

Kami menggesa Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham utama Avenue Capital Resources Berhad mengambil tindakan membatalkan urusan jual beli ini kerana telah berlaku perubahan kepada pegangan saham ECM-Libra.

Kami juga mempersoalkan dakwaan Khairy yang mengatakan beliau kerugian sebanyak RM200 ribu akibat penjualan 10.2 juta saham pegangannya pada kadar RM0.65 sen seunit.

Beliau mendakwa mendapat pinjaman untuk membeli saham tersebut pada harga RM0.71 sen seunit pada tahun lepas. Ini bermakna Khairy Jamaluddin telah kerugian sebanyak RM0.06 sen bagi seunit saham.

Jika pegangan saham sebanyak 10.2 juta didarab dengan RM0.06 sen maka Khairy akan kerugian sebanyak RM612 ribu.

Jika benar dakwaan beliau memperolehi saham secara pinjaman, maka, jika diandaikan kadar faedah pinjaman tersebut sebagai 9 % mengikut kadar semasa, maka beliau terpaksa membayar faedah pinjaman sebanyak RM488 ribu.

Kami hairan, sepatutnya Khairy kerugian hampir RM1.1 juta bukan RM200 ribu sebagaimana yang didakwanya. Kami juga terperanjat bagaimana graduan kelulusan Oxford University membuat kiraan beliau.

Bagaimanapun PAS secara konsisten memandang serius penglibatan menantu Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan I dan mempersoalkan bagaimana beliau memperolehi syarikat Avenue Capital Resources Berhad milik kerajaan.

Pada kami amalan sebegini harus dihentikan kerana ianya membawa kepada amalan kronisme dan rasuah yang bertentangan dengan dasar yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri sendiri.

DATO? KAMARUDIN JAFFAR

Setiausaha Agung PAS